OKTOBER 2023

Premier Sarawak, Merasmikan Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Utara Khas Sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka


15/10 Yang di-Pertua Parti PBB merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba merasmikan  

Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Utara Khas sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka di Dewan Suarah Bintulu, hari ini. 

Tema konvensyen “PBB Teras Kestabilan, Kemajuan dan Kemakmuran Sarawak”.

Hadir sama Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB merangkap Timbalan Premier Sarawak serta Pengerusi Jawatankuasa Induk konvensyen, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib Yang di-Pertua Kanan parti merangkap Ketua Cawangan N69 Kemena, Dato Sri Dr. Stephen Rundi serta Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT).

Turut hadir, Naib Yang di-Pertua Kanan parti merangkap Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof. 

Kira-kira 2,300 perwakilan dari 19 cawangan menghadiri konvensyen ini.

Sumber dari : Jiwa Bakti